Friday, January 27, 2012

Bina Mini Website DIY P3


World Of Affiliates
www.world-of-affiliates.blogspot.com


Kisah individu ingin menjadi usahawan internet... Tetapi BUTA IT


Saya harap dua posting sebelum ini telah membuka mata anda tentang kepentingan minisite.

Seterusnya memberikan diri anda sendiri peluang untuk memahami sistem CMS MiniNiaga yang direka khas untuk membantu usahawan internet seperti anda dan saya sendiri.

Jika anda masih belum memahaminya, luangkan sedikit masa ke laman web di bawah:

Mininiaga

Baiklah, mari kita teruskan dengan intipati posting ini.

Saya ingin bercerita sedikit mengenai kisah seorang individu yang ingin menjadi usahawan internet...

Nama individu tersebut ialah Amin (Bukan nama sebenar)

Tetapi beliau seorang yang buta IT... Sehingga hari ini.

Pada awalnya, Amin berpendapat bahawa perniagaan internet tidak sesuai untuk semua orang hanya disebabkan ia memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi seperti pembinaan laman web, pemasangan domain, hosting dan sebagainya.

Bagaimanapun, setelah melihat kejayaan beberapa individu lain yang berjaya menjana pendapatan lumayan melalui internet, Amin bertekad untuk mencuba nasib.

Pada percubaan pertama, Amin gagal kerana laman web yang dibina menjadi kucar-kacir.

Ini berikutan beliau tidak tahu langsung mengenai asas pembinaan laman web.

Walaupun Amin gagal, namun kegagalan tersebut tidak menghalang beliau untuk terus mencuba.

Tiba-tiba seorang rakan Amin iaitu Abu dapat tahu bahawa Amin ingin memulakan perniagaan internet tetapi menghadapi masalah untk membina laman web.

Abu pula seorang yang pakar dalam membina laman web.

Lantas Abu menawarkan perkhidmatan beliau kepada Amin untuk membina laman web secara percuma.

Tanpa berfikir panjang, Amin menerima tawaran tersebut dan akhirnya laman web tersebut berjaya disiapkan dengan reka bentuk yang tersusun dan professional.

Amin berasa amat gembira atas bantuan Abu dan ingin menggunakan perkhidmatan beliau sekali lagi bagi menjual produk di internet pada masa akan datang.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Amin.

Abu tidak lagi menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada Amin. 

Beliau mengecaj harga yang tinggi sehinggakan Amin sendiri rasa tidak berbaloi untuk membayarnya.

Adakah anda nampak situasi yang sedang berlaku?

Jika kita tidak mempunyai kemahiran untuk melakukan sesuatu, kita boleh minta bantuan orang lain atau lebih dikenali sebagai 'outsourcing'.

Namun begitu, tidak semua (hampir 99%) daripada mereka tidak akan membantu anda melainkan anda mempunyai sejumlah wang yang setimpal dengan bantuan yang diminta.

Jika ada yang berikan secara percuma, lama kelamaan mereka akan caj anda jua (mungkin dengan harga yang lebih tinggi).

Kesimpulannya, anda boleh memilih untuk belajar sendiri atau mengupah orang lain.

Walaubagaimanapun, bukankah lebih baik jika ada sebuah sistem yang mampu membuat semua itu dengan kos yang lebih rendah...

Serta lebih memudahkan?

Ya, sistem tersebut kini sudah wujud dan kebanyakkan usahawan internet sedang menggunakannya.

Anda boleh layari laman web di bawah untuk dapatkan sistem tersebut dengan segera.

Mininiaga


Bayangkan anda kini sudah disediakan sistem yang hanya memerlukan beberapa klik sahaja untuk anda bergelar usahawan internet.

Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment

© Copyright by Teknik Gemilang Engineering 2012